Home Artikel PAS Melaka

IT Speed Training 5.0 Zon Selatan pecutan menghadapi PRU-15

327
SHARE

Oleh : Shawal Ahmad

HANG TUAH JAYA, 19 Sept : IT Speed Training 5.0 Zon Selatan (Melaka, Negeri Sembilan dan Johor) merupakan inisiatif program anjuran Jabatan Informasi & Teknologi Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM).

Program ini yang berlangsung di D’Village Resort Melaka, di sini pagi ini adalah sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya ke-15 yang kemungkinan besar bakal berlaku bila-bila masa dari sekarang.

Menurut Pengarah Program, Natrah Mohamed, kursus ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran sedia ada serta mempelajari teknik-teknik baharu yang lebih berkesan sebelum dizahirkan ke dalam gerak kerja sebelum, semasa dan selepas PRU ke-15

“Seramai 50 orang peserta termasuk sukarelawan diberi latihan kemahiran membuat montaj dan video secara cepat namun menarik.

“Harapan saya agar ia dapat melahirkan pelapis yang berpengetahuan dan berkemahiran membuat montaj serta video mudah dan melengkapkan kemahiran menggunakan Sispro kepada peserta dan ahli di peringkat kawasan.” ujar beliau.

Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Bakri Jamaluddin pagi tadi.

Turut hadir, Pengarah Jabatan IT Muslimat Pusat, Jazlina Shafawi dan Ketua IT Muslimat PAS Negeri Melaka, Syakirah Nordin.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)