Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Trend Digital: Sebar Penuh Hikmah

406
SHARE

Trend Digital: Sebar Penuh Hikmah

Oleh: Nurul Ashidah Johari

AYER KEROH: Majlis IT Speed Training 5.0 dirasmikan oleh Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Haji Bakri Jamaluddin pagi tadi di D’ Village Resort Melaka.

Menerusi ucapan perasmiannya, beliau berpesan supaya Muslimat memanfaatkan penguasaan media dengan penuh hikmah.

“Trend Digital kini terus laju, justeru gunakan media dengan penuh berhikmah, sebar yang benar, tepat dan sahih.

“Manfaatkan medium untuk hebahan secara meluas serta sentiasa bergerak kerja dalam satu pasukan,” ujar beliau.

Penyertaan kali ini menyaksikan sambutan yang hangat. Dewan bagi ketiga-ketiga bengkel “fullhouse” mengumpulkan peserta dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

Bengkel itu dianjurkan oleh Jabatan IT Dewan Muslimat PAS Malaysia dengan kerjasama Jabatan IT Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Johor dan Negeri Sembilan.