Home Berita PAS Terengganu

Muslimat sokong program ‘Terengganu Hijab Day 2022’

165
SHARE

Oleh: Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU- Dewan Muslimat PAS Terengganu (DMPNT) menyokong sepenuhnya program ‘Terengganu Hijab Day’ 2022 yang diadakan khusus untuk rakyat negeri Terengganu.

Ketua Penerangannya, Hajah Maznah Muftahuddin berkata, ia adalah salah satu usaha kerajaan PAS mendidik masyarakat di Terengganu untuk menutup aurat dengan sempurna.

“Pelbagai program diadakan dan kita akan dapat mengambil beberapa informasi serta maklumat daripada program tersebut seperti forum.

“Dan juga kempen menutup aurat dengan mengadakan pertandingan serta pertunjukan fesyen berkaitan pemakaian tudung,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai program Hijab Day 2022, pada hari ini.

Program pada tahun ini dibuat secara fizikal berbeza pada tahun terdahulu yang diadakan secara atas talian.

“Insya Allah dengan program ini akan memberikan kesedaran dan juga kefahaman kepada masyarakat seluruh tentang tuntutan menutup aurat pada wanita Islam.

“Dan juga beri kesedaran kepada para lelaki , ibu bapa dan suami untuk beranggungjawab untuk menjaga keluarga supaya menutup aurat kerana ia tuntutan seperti mana kemahuan Allah,” ujar beliau lagi.

Menurutnya, pelbagai acara menarik yang disajikan untuk rakyat Terengganu antaranya, cabutan bertuah, Forum ‘Hijabista: Trend vs Tuntutan menampilkan dua panel jemputan iaitu Ustazah Asmak Husin dan Raja Farah.

Selain itu, pertandingan ‘fashion Show’ yang bertemakan batik, pertunjukan fesyen dari pelbagai butik dan terdapat juga gerai jualan.