Home Berita PAS Johor

Muslimat Pasir Gudang Terus Berkebajikan

707
SHARE

Muslimat Pasir Gudang Terus Berkebajikan

Oleh: Assyahidul Imani

29 Mei- Dewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Gudang (DMPKPG) telah menyalurkan sumbangan kepada golongan asnaf melalui program ziarah sekitar perumahan Taman Air Biru, di sini.

Program yang berlangsung sepanjang Ramadan ini merupakan kerjasama antara Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) DMPKPG.

Bagi sesi ini, LKK mensasarkan empat buah keluarga sebagai penerima bantuan keperluan menyambut hari raya.

“Amalan bersedekah sangat digalakkan dalam Islam kerana ia adalah satu lambang kesyukuran kita kepada Allah s.w.t. “

“Tahniah dan terima kasih kepada semua penyumbang yang turut menyumbang pada bulan Ramadan ini.” Ujar salah seorang wakil DMPKPG.