Home Artikel PAS Melaka

Muslimat PAS, Srikandi Bersatu, Wanita Umno, buat laporan polis isu Sugarbook

704
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 14 Feb : Dewan Muslimat PAS, Srikandi Bersatu dan Pergerakan Wanita Umno bagi Parlimen Masjid Tanah hari ini telah membuat laporan polis atas pengendali aplikasi dan laman sesawang Sugarbook.

Laporan itu telah dibuat oleh Ketua Ameerah, Dewan Muslimat PAS Kawasan Masjid Tanah (DMPKMT), Maryam Imran, mewakili ketiga-tiga parti itu pada jam 11.40 pagi tadi di Balai Polis Masjid Tanah dan diambil keterangan lanjut di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah.

Menurut Maryam, laman sesawang dan aplikasi Sugarbook didapati menyediakan ruang membabitkan perlakuan seks.

“Oleh itu, kami DMPKMT memohon agar pemilik laman web tersebut disiasat dan diharamkan kerana menyediakan ruang kepada rakyat Malaysia termasuk pelajar universiti khususnya wanita Islam untuk terlibat dalam perbuatan seks berbayar yang merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang negara Malaysia.

“Dan perbuatan tersebut merupakan perbuatan yang terkutuk dan salah di sisi Islam,” kata Maryam ketika ditemubual Wartawan Rakyat Melaka (WARM) seusai membuat laporan polis tersebut.

Dan perbuatan tersebut merupakan perbuatan yang terkutuk dan salah di sisi Islam

Turut hadir ialah Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Masjid Tanah, Zafaizah Abdullah dan Timbalan Ketua Wanita Umno Bahagian Masjid Tanah, Robiah Baba, bersama-sama dengan ahli-ahli jawatankuasa yang lain memberi sokongan terhadap bantahan ini.

Antara AJK Ameerah dan DMPKMT yang juga hadir ialah Syahirah Anwar, Siti Mariam Abdullah, Siti Aidah Bohari dan Ustazah Zainon Abdul Rahman.

PAU USTAZ
Gerai hadapan Taman Bunga Raya Seksyen-3 dan Klinik Munshi, Bukit Beruang Melaka. Tempahan Whatsapps : +60136315113

TEPEN FROZEN YONG TAU FOO
Hubungi agen Masjid Tanah Yong Tau Foo segera – Bahrum : 011-16964842