Home Berita PAS Sarawak

Muslimat PAS Sibu santuni 100 keluarga sempena Hari Raya Aidiladha

28
SHARE

Oleh: Hanna Bolhan

Sibu, 19 Julai 2021 : Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Kawasan Sibu (DMPKS) turun padang mengagihkan sumbangan dalam Program Ziarah Kasih kepada penduduk sekitar Sibu, hari ini.

 

Program Ziarah Kasih juga di antara program kebajikan yang diadakan secara berkala di bawah Dewan Muslimat PAS Kawasan Sibu yang merupakan inisiatif DMPKS dalam menyantuni masyarakat, serta mengambil cakna dari sudut kebajikan masyarakat setempat.

Sebanyak seratus (100) keluarga menjadi penerima sumbangan dan telah menerima sumbangan berbentuk barang mentah dalam Program Ziarah Kasih pada kali ini.

Program yang dijalankan mensasarkan penduduk di sekitar Kampung Jeriah, Kg. Seduan Jaya, Kg. Kedadak, Kg. Teku, dan Kg. Hilir, Sibu.

Sumbangan disampaikan sendiri oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Sibu, Dayangku Huda Ahmad, bersama Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) DMPKS, Ainun Ismail.

Dayangku Huda berkata “Kita berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat menggembirakan penerima menjelang Hari Raya Aidiladha pada tahun ini, khususnya kepada keluarga-keluarga yang terjejas sepanjang pandemik Covid-19.”