Home Berita PAS Negeri Sembilan

Tabung COVID-19: PAS Negeri Sembilan semakin rancak bantu rakyat

30
SHARE

Oleh : RUSILAH MD SOM

REMBAU, 19 Julai : PAS Negeri Sembilan menerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS (LKKP) Negeri terus komited memastikan setiap bantuan yang diperolehi disalurkan kepada golongan miskin, OKU, warga emas, armalah dan yatim (MOSWAY) serta rakyat yang terkesan akibat. pandemik COVID-19.

Pengerusinya, Ishak Omar menyampaikan bakul makanan hasil sumbangan dari Tabung COVID-19 kepada empat buah keluarga dalam DUN Chembong yang sedang berkuarantin, dekat sini, hari ini.

Sumbangan bakul makanan turut diberikan kepada 3 buah keluarga MOSWAY dalam DUN Kota.

Terdahulu di sebelah pagi, Ishak turut menyerahkan 10 set bakul makanan kepada LKKP Kawasan Rasah untuk diagihkan kepada yang memerlukan di sana.

Ishak juga telah menghantar sebuah katil pesakit kepada seorang warga emas di Taman Tuanku Jaafar.

Mengambil berat soal keselamatan dan kesihatan, Ishak mengulas, pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan ketika berada di lapangan membantu rakyat di Negeri Sembilan amat diutamakan.

Turut serta bersama dalam penyampaian bantuan ialah isteri Ishak yang juga Ketua LKKP Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau, Azamah Awang dan ketua LKKP di kawasan-kawasan terlibat.