Home Rencana PAS Selangor

Selangor kes meruncing tetapi ADUNnya bebas rentas negeri? – Setiausaha BPPN Selangor

59
SHARE

May be an image of standing, outdoors and text that says "ADUN Teratai ditahan masuk ke Hutan Simpan Ulu Jelai, Lipis ដេး"

Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

ADUN-ADUN PH Selangor kerap langar peraturan SOP dan PKP. Sedang Selangor mencatatkan kes positif Covid19 tertinggi dalam negara, dan rakyatnya terhimpit kehidupan dan memerlukan bantuan, wakil-wakil rakyat PH senang-senang merentas daerah dan negeri untuk urusan lain.

Sebelum ini ADUN DAP Sg Pelek, Sepang merentas daerah dan negeri untuk berada di Raub Pahang untuk urusan peribadi, iaitu menyokong peneroka hutan haram yang ditahan disana. Kesnya tidak kedengaran walau berbagai laporan Polis dibuat.

Terbaru ADUN Teratai, Pandan pula yang “mesra PH” ditahan oleh Jabatan Hutan Pahang dan pihak Polis bersama 28 orang lain sedang berkhemah di tepi sungai di kawasan Hutan Simpan Ulu Jelai, Lipis bersama 11 buah kenderaan pacuan 4 roda.

Rakyat di Teratai ada yang keputusan makanan dan kemudahan, tetapi ADUN PH yang dipilih sedang berkhemah di tepi sungai bersama rakan-rakannya.

Ada laporan mengatakan mereka ke sana kononnya untuk menyalurkan bantuan kepada Orang Asal di sana. Adalah Pos Lenjang termasuk dalam DUN Teratai?

Tidak cukupkah kerajaan negeri Pahang, ahli Parlimen kawasan, ADUN kawasan dan JHEO menyalurkan bantuan, sehingga perlu ADUN Teratai yang dari negeri merah turun membawa bantuan? Tidakkah kehadirannya membawa risiko ke penduduk di sana?

Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan dan jangan sekali-kali beri muka pada mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

Kita mahu lihat ADUN Sg Pelek dan Teratai ini didakwa dan dihukum sekeras-keranya. Bia ia menjadi pengajaran buat semua. Berilah perhatian pada negeri dan pengundi sendiri.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor