Home Berita PAS Johor

MUSLIMAT PAS SEKIJANG ,WANITA UMNO BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP PEMILIK AKAUN FB WENDY LOONG

627
SHARE
Masing-masing berbual mesra sambil menikmati minuman petang setelah laporan polis dibuat.
Normala dan Rahana mengetuai laporan polis yang dibuat membantah kebiadapan Wendy Loong yang menghina kesucian Agama Islam.
Rahana dan Normala mengetuai laporan polis yang dibuat pada 25 Julai 2019 yang lalu bersama ahli parti masing -masing.

UMNO ,PAS SEKIJANG BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP PEMILIK AKAUN FB WENDY LOONG

Segamat,25 Julai 2019 :

Wanita UMNO Bahagian Sekijang bersama Dewan Muslimat PAS Kawasan Sekijang telah membuat laporan polis berhubung posting di FB milik Wendy Loong yang menghina Nabi Muhamad S.A.W dan kesucian Agama Islam, petang semalam.

Laporan polis yang dibuat bertempat di IPD Segamat ,Johor itu dihadiri oleh seramai 30 orang Wanita UMNO yang dipimpin oleh Puan Rahana Mohamad, termasuk beberapa orang pimpinan Dewan Muslimat PAS Kawasan Sekijang yang diketuai oleh ketuanya, Normala Sudirman .

” Bantahan terhadap facebooker bernama Wendy Loong yang secara biadab telah menghina Nabi Muhammad S.A.W baru-baru ini adalah isyarat jelas bahawa tidak ada sebarang kompromi jika maruah Islam dan junjungan mulia ,Nabi Muhammad S.A.W di hina dan kesucian Islam diperlekehkan”,tegasnya .

“Perbuatan biadap ini amat memalukan dan menunjuklan masih ada lagi rakyat Malaysia buta sejarah dan cetek ilmu untuk memahami kesucian Agama Islam sebagai agama rasmi sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia”katanya lagi.

“Dewan Muslimat PAS Kawasan Sekijang menggesa agar hukuman lebih tegas dikenakan terhadap pelakunya dan amaran keras diberi supaya dilucut kerakyatan warganegara Malaysia jika kejadian seperti ini berulang lagi .”kata Normala yang juga merupakan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor.

Manakala Ketua Wanita UMNO Bahagian Sekijang Rahana Mohamad berkata,Wanita UMNO Bahagian Sekijang akan menentang habis-habisan sesiapa sahaja yang yang menghina Nabi Muhammad S.A.W dan mencemar kesucian Agama Islam serta mendesak agar penguatkuasaan undang -undang lebih tegas jika kejadian seperti ini berulang sekali lagi pada masa akan datang.