Home Artikel PAS Selangor

Jaulah Pemuda Bangi ziarah Tuan Guru Presiden

182
SHARE

MARANG: Rombongan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bangi telah berpeluang berkunjung dan bertemu Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Rusila, di sini hari ini.

Kunjungan yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Bangi, Khairul Nazir Helmi itu adalah sebahagian daripada program Jaulah Tarbawi Terengganu anjuran Lajnah Tarbiyah Pemuda PAS Bangi.

Pada kunjungan tersebut, Tuan Guru telah meluangkan masa beliau untuk memberi taujihat mengenai kepentingan manusia memohon kepada Allah S.W.T supaya diberi hidayah petunjuk agar sentiasa berada di jalan yang lurus dan diredhai-Nya.

Sesi taujihat tersebut turut disertai bersama oleh tetamu istimewa yakni, Adik Naja peserta cilik Hafiz Indonesia dan rombongan Dewan Muslimat PAS dari Negeri Kedah.

Program Jaulah Tarbawi Terengganu yang akan berakhir esok ini turut merangka pertemuan bersama Menteri Besar Terengganu dan sesi dialog bersama dengan beberapa agensi negeri Terengganu.