Oleh: Nurazieun Abdullah
Kota Samarahan, 31 Mei: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Kawasan Kota Samarahan (DMPKS) telah selesai menyampaikan kit sumbangan kepada 10 buah keluarga di sekitar kawasan Kota Samarahan hari ini.
Kit sumbangan tersebut yang berisi keperluan asas seperti beras, gula, minyak dan lain-lain telah diserahkan sendiri oleh Ketua LKK DMPKKS, Mastura Julai.
Menurut Mastura, PAS Kota Samarahan mengambil inisiatif seperti ini bagi meringankan beban mereka memandangkan sambutan Aidilfitri kali ini disambut dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Sehingga semalam, daerah Samarahan kekal sebagai zon kuning COVID-19 di negeri Sarawak dengan catatan 5 kes aktif COVID-19.
Orang ramai disarankan untuk terus mematuhi SOP berhari raya seperti yang dinyatakan oleh pihak kerajaan selama masih dalam tempoh PKPB.