Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun TUDM ke-62

325
SHARE

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun TUDM ke-62

وَٱصۡبِرۡ فَإِنَّ ٱللَّهَ لَا یُضِیعُ أَجۡرَ ٱلۡمُحۡسِنِینَ

“Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.”
(Surah Hud ayat 115)

Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang ke-62 kepada semua warga TUDM.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada barisan armada udara negara yang telah mencurahkan jasa dan bakti bagi memelihara kadaulatan tanah air tercinta selama ini.

Tema Hari Ulang Tahun TUDM kali ini iaitu “Berupaya Bersiaga, Kedaulatan Terjaga” dilihat bertepatan dengan peranan yang telah dimainkan oleh barisan pertahanan udara negara ini.

Di samping itu, TUDM juga turut bersama-sama memainkan peranan penting sebagai petugas barisan hadapan dalam mengawal penularan wabak Covid-19 di Malaysia.

Justeru, marilah kita menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh barisan pertahanan negara ini dengan bersama-sama menjadi rakyat yang bertanggungjawab agar keselamatan dan kesejahteraan hidup di Malaysia dapat terus dinikmati. InsyaAllah.

“Islam Memimpin Perpaduan”
“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”

YB Senator Ustazah Hajah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
9 Syawal 1441H
1 Jun 2020