Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Muslimat PAS Kecam Serangan Ke Atas Wanita Hamil di Sydney

312
SHARE

Muslimat PAS Kecam Serangan Ke Atas Wanita Hamil di Sydney

Serangan fizikal oleh seorang lelaki ke atas seorang wanita bertudung di sebuah cafe di Sydney baru-baru ini perlu dipandang serius oleh masyarakat antarabangsa.

Seorang wanita lebih-lebih lagi yang sedang hamil sepatutnya dilindungi dan dipastikan keselamatannya tidak kira di mana dia berada.

Tindakan lelaki tersebut menunjukkan tahap moral yang terlalu rendah dan tidak berperikemanusiaan.

Tindakan tersebut amat jelas melanggar hak asasi manusia untuk hidup aman dan selamat dalam sebuah negara yang merdeka.

Kejadian serangan ke atas penganut Islam di tempat awam melibatkan Australia ini adalah yang kedua tahun ini selepas kejadian tembakan di sebuah masjid di New Zealand oleh warganegara Australia pada Mac 2019.

Lajnah Antarabangsa Dewan Muslimat PAS Malaysia menuntut pihak berkuasa Australia untuk mengambil tindakan tegas terhadap pesalah, memberikan rawatan dan gantirugi kepada mangsa serta melaksanakan program kesedaran menyeluruh berkenaan islamofobia kepada semua penduduk Australia.

Husna Hashim
Pengerusi Lajnah Antarabangsa
DMPM

#LajnahAntarabangsa
#Islambersaudara
#IslamMemimpinWanitaSejahtera