Home Artikel PAS Sarawak

Muslimat PAS Kawasan Mukah Menyantuni Mangsa Banjir Kampung Lintang

45 views
SHARE

Balingian, 10 Feb: Muslimat kawasan Mukah dengan kerjasama Unit Amal Mukah telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir untuk 20 buah keluarga di kampung Lintang Balingian.

Barang sumbangan adalah terdiri daripada barang keperluan harian seperti beras, gula, teh, air mineral, biskut dan ikan kering.

Selain menggunakan kenderaan darat, bot juga terpaksa digunakan bagi menganggkut barang-barang sumbangan ke kawasan bencana banjir tersebut.

Sumbangan adalah daripada Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak (DMPNS) dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Mukah (DMPKM).

Sehubungan dengan itu, DMPNS memohon orang ramai untuk turut serta menghulurkan bantuan mangsa banjir menerusi Tabung Bencana Banjir akaun Bank Islam 1101 3010 0735 31. Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi Hafiza di talian 019-284 1071 atau Suhana 019-262 5848.