Home Artikel PAS Sarawak

Mangsa Banjir Tatau Terima Bantuan Makanan

101 views
SHARE

Bintulu, 10 Feb: Muslimat PAS Kawasan Bintulu dengan kerjasama Jabatan Amal Bintulu serta Briged Muslimat Bintulu telah mengadakan inisiatif membantu mangsa banjir di Tatau dengan aktiviti edaran makanan.

Edaran makanan ini dilaksanakan bagi membantu meringankan beban mangsa banjir yang terlibat.

Selain itu, ziarah rumah ke rumah dan sesi berkongsi perasaan turut dilakukan bagi mengurangkan trauma mangsa.

Melalui program ini, sebanyak 300 bungkus makanan disediakan secara gotong royong telah diedarkan kepada 200 buah keluarga.

Seramai 15 orang Muslimat Bintulu dan Jabatan Amal terlibat bermula proses penyediaan sehingga edaran makanan.

Tuan Yang Dipertua PAS Kawasan Bintulu Hj Khairul Ismail, Ketua Muslimat PAS Kawasan Bintulu Puan Fatimah Junaidi antara pimpinan yang hadir untuk mengetuai rombongan.

“Semoga bekalan makanan yang diedarkan hari ini dapat meringankan beban mangsa serta mengurangkan kerisauan mereka dalam keadaan yang masih belum surut sepenuhnya”, ujar Puan Fatimah.

Para penduduk Tatau memberikan reaksi yang positif pada anisiatif bantuan ini dan menerima kehadiran ini dengan sikap terbuka.