Home Artikel PAS Pulau Pinang

PAS Kawasan Jelutong Santuni Masyarakat Cina

94 views
SHARE

Oleh : Ahmad Iskandaraniy Ziaul Haq

JELUTONG: Sinonim dengan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba, PAS Kawasan Jelutong meneruskan tradisi mengedarkan buah limau dan kad ucapan kepada masyarakat cina di sini kelmarin.

Yang Di Pertua PAS Kawasan Tanjong, Tuan Yaacob Omar berkata , pihaknya meneruskan usaha itu bagi memeriahkan sambutan perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Ia sebahagian tradisi masyarakat Cina menyambut perayaan ini tidak kira di mana-mana.

“Sambutan yang cukup menggalakkan diterima daripada orang Cina yang ceriamenerima edaran limau dan kad ucapan tahun baru “ katanya .

Beliau ditemui semasa program mengedar buah limau dan risalah kepada masyarakat Cina di sekitar DUN Sungai Pinang kelmarin.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jelutong, Mustaqim Yahya berkata , program mengedar buah limau dan kad ucapan ini anjuran bersama PAS Kawasan Jelutong ini diadakan pada setiap tahun sempena Sambutan Tahun Baru Cina.

” Lokasi penyampaian limau dan kad ini dilakukan di pusat tumpuan masyarakat Cina seperti kedai –kedai di Pasar Tani Jelutong, Stadium Bandaraya serta beberapa lokasi.

“ Kami mengambil masa untuk menemui masyarakat Cina di beberapa komuniti orang Cina di sini sambil mengedar buah limau dan risalah” katanya.

Turut sama menjayakan program ini pimpinan PAS Kawasan Jelutong, Pemuda dan Jentera Pilihanraya DUN N30.