Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Muslimat PAS Iring PAS Johor Serah Memorandum

201 views
SHARE

Muslimat PAS Iring PAS Johor Serah Memorandum

Kuala Lumpur : Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) diketuai oleh Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh mengiringi PAS Johor menyerahkan memorandum berkaitan isu pembuangan bahan kimia di Pasir Gudang kepada Ahli Parlimen PAS.

Turut hadir mengiringi, Ketua Penerangan, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan, Penolong Setiausaha 1, Puan Norhafiza Fadzil dan Penolong Setiausaha 3, Puan Norazlin Md Samsudin.

 

Penyerahan dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Hussin di perkarangan bangunan parlimen kepada Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dengan disaksikan oleh ahli-ahli parlimen PAS yang lain.

Antara penekanan PAS Johor dalam isu ini adalah mendesak Kerajaan Malaysia untuk bertindak lebih tegas terhadap jenayah ini.

Selain mendesak agar tindakan undang-undang yang tegas diambil terhadap pelaku yang bertanggungjawab membuang sisa toksik, menuntut pampasan kepada mangsa, membentuk Jawatankuasa Diraja bagi menyiasat isu ini dengan lebih mendalam serta mewujudkan Standard Operating Procedure (SOP) sekiranya krisis yang sama berulang lagi.