Home Berita PAS Pulau Pinang

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Jelutong, Medan Muhasabah

1315
SHARE

Oleh : Ahmad Iskandaraniy Ziaul Haq

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-31
PAS Kawasan Jelutong

Alhamdulillah pada 17 Mac 2019 telah berlangsung satu program wajib tahunan yang penting bagi PAS Kawasan Jelutong, iaitu Mesyuarat Agung Tahunan (MAT). Program ini adalah satu medan koreksi dan muhasabah pergerakan PAS Kawasan sepanjang sesi 2018-2019.

MAT yang diadakan di PASTI Al-Kahfi Cawangan Sungai Pinang ini telah dirasmikan oleh YBhg Ustaz Mokhtar Senik, AJK PAS Pusat dalam perasmian kelompok pada 16 Mac 2019 Beliau telah menghuraikan Perutusan Khas Presiden PAS bersempena Muktamar Tahunan Kawasan² dan Dewan² bagi memberi pencerahan kepada para perwakilan dan pemerhati.

MAT PAS Kawasan Jelutong ini telah berjalan dengan lancar. Para perwakilan telah memainkan peranan masing² dengan sebaiknya. Tahniah diucapkan kepada pucuk pimpinan yang telah dipilih oleh para perwakilan untuk mengemudi PAS Kawasan Jelutong bagi sesi 2019-2021:

Yang Di Pertua : Ustaz Mohammad Imran Bin Mohammad Saad

Timbalan Yang Di Pertua : Jamilur Rahman

Naib Yang Di Pertua : Mahathir Bin Saaid Sulaiman

Dalam majlis penuh gilang gemilang ini juga, Ketua Cawangan – Cawangan serta Ketua Dewan juga turut memberi peringatan supaya ahli jawatankuasa yang dilantik dapat memberi komitmen penuh dalam melaksanakan gerak kerja jamaah dan membawa jamaah bergerak mara ke hadapan.

MAT selesai dan tamat pada jam 1.00 petang.