Home Berita PAS Johor

Muslimat PAS bertembung 3 calon lelaki di Sri Gading

814
SHARE

Oleh NAZIRUL MUNIR

Sri Gading , 5 Nov : Sri Gading menyaksikan pertembungan antara Muslimat PAS dengan 3 orang calon lelaki.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mencalonkan Zanariyah Abdul Hamid untuk bertanding di Parlimen Sri Gading atas tiket Perikatan Nasional, Barisan Nasional diwakili oleh Datuk Lassim Burhan, Pakatan Harapan diwakili oleh Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan manakala Mahadzir Ibrahim dari Pejuang bertanding menggunakan logo Gerakan Tanah Air.

Perkara ini diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi kawasan ini, Abdul Halim Abdul Rahman, selepas selesai proses penamaan calon pada kira-kira jam 10.15 pagi, yang berlangsung di Dewan Masyarakat Parit Raja.

Sebelum ini, kerusi Sri Gading telah dimenangi oleh Datuk Dr Shahruddun Salleh (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lalu dengan memperolehi 21,511 undi menewaskan calon BN, Datuk Aziz Kaprawi (18,223 undi) dan calon PAS, Lt Kol Ashari Sidon (4,548 undi) dengan majoriti sebanyak 3,288 undi.

Pada PRU-14 yang lepas, PH telah membentuk kerajaan setelah memenangi 115 kerusi, manakala BN memperolehi 79 kerusi sementara PAS pula mendapat 18 kerusi dan Warisan 8 kerusi daripada 222 kerusi keseluruhan di dalam Dewan Rakyat dengan sebanyak 112 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan secara majoriti mudah.