🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
NegeriTerengganu

Muslimat, NGO Ganding Bahu, Prihatin Mangsa Banjir

DUNGUN – Muslimat PAS Dungun dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) berganding bahu menghulurkan bantuan tanda prihatin terhadap mangsa banjir yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Ketua Muslimat PAS Dungun, Hajah Khairiah Mokti berkata, mereka datang di PPS Kampung Syukor dan Pasir Raja bersama dengan barangan keperluan, terutamanya untuk kanak-kanak yang terkesan.

“Untuk keluar mendapatkan bekalan susu dan lampin pakai buang bukanlah mudah ketika kawasan kampung mereka di landa banjir, jadi kami bawa untuk disumbangkan untuk meringankan beban,” katanya selepas lawatan tersebut pada Isnin 3 Januari.

Turut sama rombongannya adalah AMEERAH Kawasan Dungun, Jabatan Amal Malaysia(JAM) Bukit Besi, NGO KEMAYANG (Kelab Kebajikan Wanita Masih Ada Yang Sayang Terengganu) dan Kelab Rekreasi Peminat Pacuan Empat Roda Dungun (PADAT).

Disamping mengagihkan bantuan, beliau turut menyampaikan tazkirah ringkas dan risalah ”Kekal Jaga Aurat di Musim Banjir’ diedarkan kepada golongan wanita.

Khairiah berharap agar mereka menerima ujian dari Allah dengan penuh kesabaran dan keredaan.

“Jika dibandingkan dengan mereka yang juga mengalami banjir baru – baru ini di beberapa Negeri seperti di Selangor dan Pahang, penduduk – penduduk di sini lebih bernasib baik sebab selalu berhadapan dengan banjir jadi dapat buat persediaan dari awal.

“Sedangkan mereka buat pertama kali dengan banjir besar sehingga rumah hanya nampak bumbung dan banjir lumpur yang teruk,” tegasnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️