Oleh : Ibnu Janie
MASJID TANAH, 26 Julai : Muslimat muda Dewan Muslimat PAS Kawasan Masjid Tanah atau dipanggil Ameerah adalah antara tenaga penggerak penting dalam perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PAS Kawasan Masjid Tanah kali ini yang berlangsung di Auditorium Kompleks Falak Al Khawarizmi di sini pagi tadi.
Menurut Ketua Ameerah Dewan Muslimat PAS Kawasan Masjid Tanah, Maryam Imran, seramai 12 orang Ameerah membantu dalam perjalanan dan pengurusan mesyuarat agung ini.
“Selain dalam persiapan dewan dan urusetia pendaftaran, kami juga terlibat sebagai bentara yang mengedarkan laporan mesyuarat agung dan menjaga pergerakan perwakilan di dalam dewan.
“Kami juga perlu memastikan para perwakilan mematuhi SOP Covid-19 seperti yang telah digariskan pihak berkuasa.” ujar beliau.
Tambah Maryam lagi, walau pun Ameerah kawasan Masjid Tanah baru ditubuhkan pada 12 Julai lepas namun kebanyakan mereka memang sudah lama aktif dalam program PAS.
“Kami sangat teruja dan gembira kerana dapat terlibat dalam program ini. Dan kami komited untuk membantu PAS Kawasan dalam apa saja program pada masa akan datang.” ujar beliau lagi.