Home Berita PAS Melaka

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Masjid Tanah patuh SOP Covid-19

847
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 26 Julai : Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Masjid Tanah yang berlangsung pagi tadi agak berlainan daripada tahun-tahun sebelumnya kerana perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19.

Menurut Setiusaha PAS Kawasan Masjid Tanah, Jamaruddin Ahmad, pada mesyuarat agung kali ini setiap cawangan diminta untuk menghantar perwakilan tidak lebih tiga orang berbanding dengan lima orang seperti yang ditetapkan perlembagaan.

Setiausaha PAS Kawasan Masjid Tanah, Jamaruddin Ahmad

“Pada tahun ini juga tiada pemerhati dibenarkan mengikuti mesyuarat ini. Semua ini adalah untuk mengurangkan ‘crowd’ supaya penjarakan sosial dapat dipraktikkan dengan berkesan.

“Kita juga memastikan bahawa minum pagi diedarkan oleh bentara kepada perwakilan di dalam dewan untuk mengelakkan terlalu banyak pergerakkan dan berlaku situasi sesak. Makan tengahari juga diberi dalam bentuk bungkus dan dibawa pulang.

“Kita juga ada mengambil suhu badan peserta untuk memastikan hanya yang benar-benar sihat sahaja menghadiri mesyuarat agung ini.” Ujar beliau.

Tambah Jamaruddin lagi susunan kedudukan perwakilan juga diletakkan secara berjarak seperti yang ditetapkan oleh SOP Covid-19 pihak pengurusan Auditorium Kompleks Falak Al-Khawarizmi, tempat berlangsungnya mesyuarat agung ini pagi tadi.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)