Home Berita PAS Johor

Muslimat Kluang santuni masyarakat Cina

324
SHARE

Oleh Efah Sudding

KLUANG – Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Kawasan Kluang mengedar kuih bahulu sempena perayaan Tahun Baru Cina, di sini, harini.

Edaran ini bertujuan untuk meraikan Masyarakat Cina yang bakal menyambut Tahun Baru Cina Isnin ini disamping beramah mesra dan mengeratkan lagi perpaduan antara masyarakat di Kluang.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kluang, Latipah Omar menyatakan program dapat menyatukan kaum.

“Muslimat Kluang berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Perkara utama yang kita cari adalah penyatuan masyarakat di Malaysia”, ujar beliau.

Pada masa yang sama, masyarakat Cina yang menerima cenderahati itu mengucapkan terima kasih dan kagum dengan Muslimat Kluang yang turut sama memberi kegembiraan kepada mereka.

Turut hadir, Ketua Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Kawasan Kluang, Azlina Shaari, Naib Ketua Bahagian Srikandi Bersatu Kluang, Datin Noorhayati Osman serta Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kawasan Kluang.