Home Berita PAS Kedah

Ziarah cakna masyarakat bersama Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu

180
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

JITRA, 30 Jan – Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu bersama Khidmat Malaysia Kubang Pasu dan Pertubuhan Warga Cakna telah turun menyantuni 50 buah keluarga yang sedang menjalani kuarantin wajib di kediaman masing-masing, baru-baru ini.

Menurut Ketua Pemuda PAS Kubang Pasu, Ustaz Ku Abd Muhyi Ku Abd Hamid, ada sebahagian keluarga yang masih dalam tempoh kuarantin akibat jangkitan Covid19, dan ada yang baru tamat dan juga telah pun potong gelang.

“Manakala sebahagian mereka yang lain masih dalam kuarantin akibat menjadi kontak rapat dengan pesakit.
“Kami doakan agar semua yang terlibat dipermudahkan segala urusan dan segera sembuh seperti sedia kala Insya Allah,” katanya.

Sementara itu, penduduk yang diuji dengan penyakit tersebut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu atas keprihatinan dan bantuan yang diberikan.

Turut hadir Naib Yang DiPertua PAS kawasan Kubang Pasu, Mohd Syarizal Maksir dan Ajk PAS kawasan, Puan Wan Suhaila Megat Hassan.