Home Berita PAS Johor

Muslimat Johor giat agih sumbangan ke seluruh negeri

75
SHARE

Muslimat Johor giat agih sumbangan ke seluruh negeri

Oleh ‘Aisyaa Yasmin

JOHOR, 27 Apr : Dewan Muslimat PAS Negeri Johor, DMPNJ di bawah Lajnah Kebajikan giat mengagihkan sumbangan ke seluruh negeri Johor secara berperingkat.

Menurut Arbakyah Kassman, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DMNJ, pengagihan bantuan di bawah program ‘Semarak Kasih Ramadan’ ini telah berlangsung sejak 16 April lagi.

Antara penerima yang menerima sumbangan sejak awal April lalu ialah mereka yang berada di Kawasan Tanjung Piai, Parit Sulong, Muar, Sri Gading, Simpang Renggam dan Tenggara.

”Pada minggu ke dua bulan April pula, kita telah mengagihkan sumbangan ke kawasan Pulai, Iskandar Puteri, Labis dan Bakri.

“Semasa dalam tempoh pengagihan sumbangan, pihak kami mendapati seramai 150 orang daripadanya adalah dari kalangan ‘Mosway’ iaitu golongan Miskim, OKU, sakit, warga emas,armalah dan yatim,” jelasnya.

Tambahnya lagi, program sumbangan ini akan diteruskan untuk 14 kawasan lain menjelang Aidilfitri nanti.

Beliau juga turut mengalu-alukan sumbangan dari orang ramai dalam misi ini , dan bagi yang berminat bolehlah menyumbang ke akaun Bank Islam Dana Kebajikan DMPN Johor 01032010066974