Home Berita PAS Kedah

Muslim Care bina rumah untuk warga emas

375
SHARE

oleh : ROZAIDI TAIB

ALOR SETAR, 25 April – Seorang warga emas bersyukur apabila menerima sumbangan rumah oleh NGO Muslim Care melalui program kebajikannya “Home2Live” pagi ini.

Eshah Senik, 70 berkata, rumah baru itu akan dihuninya menjelang Aidilfitri ini.


“Syukurlah Tok dapat rumah sebijik, terima kasihlah semua. Tok doa semua tolong ni dapat pahala. Alhamdulillah, boleh la tok duduk,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi Muslim Care, Haji Johari Ismail menyerahkan kunci rumah bernilai lebih RM28,000 ringgit kepada Eshah di di Kampung Kelunchur, Mukim Kubang Rotan di sini.

Turut hadir Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakrurazi, Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala kedah dan beberapa ahli jawatankuasa PAS Kawasan.


Sementara itu, Johari berkata , pihaknya dalam perancangan untuk mengadakan majlis penyerahan yang serupa di daerah yang lain sebelum sambutan Aidilfitri akan datang.

“ Program Home2Live dicetuskan selepas berlakunya peristiwa banjir besar di negeri Kelantan pada tahun 2014 dan setakat ini sebanyak 40 buah rumah rumah telah dibina hasil sumbangan orang ramai,” katanya yang dihubungi melalui panggilan telefon.

“Besarlah harapan kami agar masyarakat terus prihatin dan menyumbang untuk program sebegini lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang barakah ini.”

Orang ramai yang berhasrat menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Haji Johari Ismail di talian 019-997 8323 atau menyalurkan bantuan ke akaun Maybank, Muslim Care Malaysia, 5644-9041-3882.