Home Berita PAS Sarawak

Program Agihan Bubur Lambuk PAS Petra Jaya

66
SHARE

Oleh WANEE DONI

Petra Jaya, 24 Apr : PAS Kawasan Petra Jaya dengan kerjasama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat Petra Jaya telah mengagihkan 400 bungkus bubur lambuk di sekitar Dun Samariang semalam.

Agihan bubur lambuk yang kali kedua dibuat itu juga merupakan hasil sumbangan orang ramai yang mahu meraih pahala sempena bulan Ramadan yang penuh barakah dan diagih kepada penduduk sekitar.

Program bubur lambuk tersebut diketuai oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Petra Jaya Morshidi Hassan, Ketua Muslimat PAS Petra Jaya, Habsah Bujang dan juga jentera PAS Samariang turut sama membantu bergotong royong menjayakan agihan bubur lambuk tersebut.

Kampung Siol Kandis, Samariang antara lokasi agihan bubur lambuk yang disampaikan oleh Penyelaras Dun Samariang, Mohd Sabirin Saat sekaligus menyatakan harapan agar agihan tersebut dapat menceriakan hari Ramadan mereka.

Rata-rata penduduk Dun Samariang menzahirkan rasa syukur dan terima kasih mereka atas sumbangan bubur lambuk yang diberikan dan mendoakan agar pandemik COVID-19 segera berakhir.