Home Artikel PAS Pusat

Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke 64 Bermula

210 views
SHARE

Oleh: Asmaa Yusof

KUALA TERENGGANU, 15 Sept – Muktamar Tahun PAS Pusat Kali Ke 64 secara rasminya bermula hari ini, 15 September di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu.

Tetamu kehormat, para perwakilan dan pemerhati mula mengambil tempat seawall 8 pagi.

Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haji Hashim Jasin dijadualkan tiba pada jam 9 pagi.

Sesi pagi bermula dengan ucapan aluan Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan dan juga ucapan dasar Presiden.

Manakala, muktamar secara rasmi akan berlangsung pada sebelah petang dengan agenda pertama pembentangan dan pengesahan peringatan Muktamar Tahunan PAS ke 63.

Seterusnya, agenda kedua ialah pembentangan lapoan tahunan PAS 2017/2018 dan juga penyata kewangan.

Ucapan penggulungan dan penangguhan akan mengakhiri muktamar hari ini pada jam 2.30 petang.