Home Artikel PAS Pusat

Muktamar PAS tampil konsep warisan Melayu

209 views
SHARE

Oleh: ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI

KUALA NERUS: Keharmonian politik yang ditampilkan PAS dalam Muktamar Tahunan kali-64 benar-benar menariki perhatian sidang perwakilan dan pemerhati yang datang dari seluruh negara.

Beberapa pimpinan utama Umno turut hadir dalam majlis perasmian yang berlangsung di Dewan Utama, Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak, di sini.

Antaranya Presiden Umno, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut mengiringi perarakan masuk ke dewan bersama pimpinan tertinggi PAS diketuai Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin.

Perarakan masuk yang menampilkan konsep pahlawan Melayu berpakaian lengkap segak membawa mesej penghargaan kepada warisan Melayu tidak pernah dillupakan sehingga kini.

Perwakilan dari setiap kawasan ternyata menyerlah dengan tema pemakaian berwarna hijau muda.

Laungan takbir bergema mengisi segenap ruangan dewan menyemarakkan lagi semangat ahli PAS termasuk daripada perwakilan dan pemerhati yang hadir.

>>> Album Muktamar