Home Artikel PAS Pusat

Muktamar Tahunan PAS Pusat ditangguhkan

1,692 views
SHARE

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS Pusat, YB. Dato’ Takiyuddin Hassan mengumumkan Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke 64 yang telah ditetapkan sebelum ini pada 4,5 dan 6 Mei 2018 ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan diputuskan kemudian.

Penangguhan tersebut berdasarkan jangkaan pilihanraya umum yang berkemungkinan akan diisytiharkan pada bila-bila masa sahaja ataupun ianya baru berakhir.

Selain Muktamar Tahunan PAS Pusat, Muktamar Dewan-Dewan Pusat dan Negeri turut ditangguhkan.

“Begitu juga Dewan-Dewan Negeri, Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat Negeri. Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat Pusat dan Muktamar PAS Pusat kita tangguh kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak”, kata beliau dalam Sidang Media petang semalam di Pejabat Agung PAS Pusat.

Turut hadir dalam Sidang Media tersebut Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS YB. Ustaz Hj Idris Ahmad, Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Muhammad Khalil Hj Abdul Hadi dan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.