Home Artikel PAS Sarawak

Muktamar Meningkatkan Kualiti Kepimpinan Dan Ahli.

255 views
SHARE

Biarpun sudah berlalu, Muktamar PAS kali ke 63 mencatat sejarah apabila beberapa kelainan tertonjol bagi memperlihatkan keindahan Islam.

Kali ini, orang bukan Islam pun hadir atas status sebagai perwakilan dalam muktamar, biarpun perlembagaan PAS sebelum dahulu menetapkan parti hanya didokongi orang Islam.

Tentunya perwakilan bukan Islam dari DHPP Sarawak melakar sejarah tersendiri di Kompleks PAS Kedah itu. Mereka telah bersama lelaki berjubah, berbaju Melayu dan muslimat bertudung labuh setia sepanjang muktamar berlangsung.

Beberapa pemimpin gerakan Islam juga dijemput dan diberi peluang berucap.

Tiada parti Islam yang melalui sejarah sebegini, tetapi terjadi kepada PAS dalam muktamarnya ke 63 yang berlangsung pada 29 April hingga 1 Mei 2017 lalu.

Walaupun hanya diadakan pemilihan untuk jawatan Naib Presiden dan AJK PAS Pusat, namun sudah pastinya ” bergegar” dengan usul mengenai tahaluf siasi PAS dengan PKR.

Ia telah disebut-sebut tetap panas lagi menarik tumpuan bukan sahaja kepada setiap warga PAS tetapi juga seluruh parti kawan dan parti lawan.

Anjakan ini berlaku dari seluruh anggota parti yang telah berani membuat perubahan dan pembaharuan ini ke arah sebuah gerakan yang lebih demokratik.

Sememangnya PAS sebuah gerakan siasah dan dakwah merupakan satu gerakan massa yang bertunjangkan Islam yang dinamik, maju dan memberi keadilan serta harapan untuk semua.

Satu landasan Islam yang diperjuangkan secara istiqamah, iaitu Islam sebagai ad-Deen, satu cara hidup yang amat releven untuk hari ini hingga datangnya hari kiamat.

Sebagai sebuah gerakan Islam yang dinamik, PAS tentu sekali akan terdedah kepada perubahan dan pembaharuan mengikut keperluan semasa.

Perubahan dan pembaharuan pada pendekatan dan tatacara gerak kerja yang berhikmah tanpa menggadai prinsip-prinsip Islam dan perjuangan parti.

Sebenarnya perubahan dan pembaharuan ini tidak menjejaskan matlamat perjuangan Islam, bahkan akan semakin menyemarakkan lagi arus perjalanan parti dan menggalakkan setiap anggotanya agar proaktif dan siap-siaga sepanjang masa.

Sepanjang penulis tahu, kita tidak lari dari hiruk-pikuk kebisingan isu-isu dalaman dan luaran yang serius kecuali pada pemilihan Muktamar kali ke 62 lalu.

Segala kemelut yang pernah yang membayangi PAS pada pemilihan jawatan pada Muktamar kali ke 62 itu, sudah terkubur dan PAS kembali mantap kini dan selama-lamanya, Insya Allah.

Akhirnya, setinggi tahniah kepada anakda Mukhtar Suhaili dan Mohd.Arif yang terpilih sebagai AJK PAS Pusat dan AJK Pemuda PAS Pusat kali ini.

Semua warga PAS Sarawak harus bersyukur dan berasa bergembira dengan berita baik ini.

Cikgu Shokri b. Hj.Fauzi.
Petra Jaya, Kuching.

3 Mei 2017.