Home Berita PAS Kedah

Muktamar medan muhasabah, Tahniah kempimpinan DMPNK 2023-2025

91
SHARE

oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR, 24 MAC – Muktamar  merupakan acara tahunan bagi dewan-dewan yang bernaung di bawah parti politik PAS dan ianya merupakan satu medan muhasabah bagi gerak kerja yang dilakukan dalam masa setahun (lebih kurang).

Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah juga turut menggunakan masa dan ruang yang ada untuk melaksanakan muktamar bagi tahun 2023.

YB Ustaz Datuk Idris Ahmad, Naib Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Bagan Serai dijemput untuk merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah kali ke-54 di Dewan Dato’ Fadzil Noor pada Jumaat yang lepas.

Beliau mengucapkan ucapan terima kasih kerana memberi kesempatan untuk beliau merasmikan majlis muktamar DMPNK pada kali ini. Beliau turut mengingatkan kepada semua pimpinan, perwakilan dan pemerhati akan tujuan muktamar diadakan.

“Muktamar merupakan medan muhasabah! Pimpinan akan memberikan ‘direction’ atau taujihat dalam mengarahkan arahan yang jelas daripada setahun ke setahun.”

“Manakala perwakilan pula boleh memberikan muhasabah kepada pimpinan yang berada di hadapan dan memberikan teguran yang membina, untuk memastikan Dewan Muslimat khususnya dan juga PAS secara amnya akan bergerak secara lestari dalam politik negara.” Ujarnya.

Seramai 118 perwakilan mewakili 15 Dewan Muslimat kawasan-kawasan termasuk 33 ahli jawatankuasa telah membuang undi pada muktamar kali ini.

Berikut merupakan Jawatankuasa Kempimpinan Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah 2023-2025:

Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah

Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali (Kekal)

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah

Ustazah Siti Mekiah Shamsuddin (Kekal)

Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah

Ustazah Fatimah Wan The (Kekal)

Ahli Jawatankuasa

  1. Ustazah Fadilah Safar
  2. Dr Rahimah Sahit
  3. Norhafizah Fadzil
  4. Sharlena Ismail
  5. Mardiyah Johari
  6. Sharifah Aliaa Syazwani Syed Roslan
  7. Jamaliah Omar
  8. Zulinda Khamis
  9. Shukriah Shaari
  10. Azlina Azinan.

Pengerusi Tetap

Ustazah Faridah Ahmad (Kekal)

Timbalan Pengerusi Tetap (Kekal)

Fadilah Hashim

Pemerika Kira-Kira 1 dan 2

Zawiyah Abu Bakar dan Salmah Che Rose

Badan Perhubungan PAS Kedah merakamkan ucapan tahniah dan takziah atas kempimpinan DMPNK 2023-2025. Selamat menjalankan tugas dan amanah dengan sebaiknya. Semoga sentiasa dalam panduan dan redaNYA