Home Berita PAS Johor

Muktamar maya Muslimat Johor cetus keinsafan

238
SHARE

 

Oleh : ‘Aisyaa Yasmin

Johor Bahru, 24 Oktober: Muktamar ke 33 Dewan Muslimat PAS Negeri Johor (DMPNJ) cetus keinsafan bila mana Ketua Muslimat yang baharu, Zakiah Tukirin menang tanpa bertanding menunjukkan kepatuhan dan wala’ ahli PAS akan keputusan syura.

Turut mengulas perihal yang sama, Ketua Muslimat PAS Malaysia, YB Senator Nuridah Mohd Salleh juga berkata kepimpinan yang berkonsepkan kepatuhan kepada Allah swt adalah sebaik-baik kepimpinan dengan menjadikan Islam sebagai teras.

Meskipun masih dalam suasana pandemik, tapi tanggungjawab untuk mengadakan muktamar ini terletak dipundak kepimpinan muslimat sesi 2019/2021 memandangkan sesi ini adalah sesi perubahan tampuk kepimpinan seperti mana yang tertakluk dalam perlembagaan PAS, pemilihan kepimpinan baharu diadakan dua kali setahun.

Dengan mengambil langkah selamat, Dewan Muslimat Johor telah memutuskan untuk mengadakan muktamar secara maya menerusi zoom dan pengundian jawatankuasa yang baharu diadakan secara e-voting.

Meskipun dijalankan secara maya, namun sesi taujihat para perwakilan masih terasa sayu dan menerbitkan rasa insaf dalam kalangan para muktamirat.

Siti Aisyah Ismail, perwakilan dari Johor Bahru semasa ucapan pergulungan berkata, adalah tanggungjawab besar ahli untuk menyedarkan masyarakat di luar sana bahawasanya Islam adalah penyelesaian masalah dan bukan sebaliknya.

Justeru katanya lagi, Kefahaman Islam yang jelas ini juga penting dalam menjayakan agenda Keluarga Malaysia seperti yang dihasratkan oleh Perdana Menteri Malaysia.

Dalam sidang yang sama, beliau turut mengingatkan para muktamirat untuk lebih berhemah semasa menggunakan media sosial dan tidak mudah melatah kerana dikhuatiri tidak senada dengan PAS , dan lebih buruk lagi bercanggah dengan hukum Islam.

Justeru beliau dalam ucapannya menyeru agar Dewan Muslimat PAS Johor dapat membuat kenytaan media ataupun info grafik yang mewakili suara PAS, berkenaan sesuatu isu agar setiap permasalahan dapat difahami dengan jelas oleh semua ahli.

Beliau turut memetik contoh artikel dan info grafik yang telah dikeluarkan oleh jabatan mufti Wilayah terdahulu yang mana, telah banyak membuka minda masyarakat dan memberi kefahaman ilmu kepada masyarakat umum.

Semoga kepimpinan yang baharu ini dapat menjalankan amanah sebaiknya dan diberkati Allah swt, katanya di akhir ucapan.