Home Berita PAS Melaka

Muktamar DPPNM 2022 | ‘Kencing’ PH punca anak muda hilang kepercayaan kepada politik

74
SHARE
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka (DPPNM), Ustaz Hafiz Yahya.

Oleh IBNU JANIE

HANG TUAH JAYA, 8 Ogos: Kegagalan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji-janji pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lepas telah menyebabkan anak-anak muda mula hilang minat dan kepercayaan terhadap politik, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka (DPPNM), Ustaz Hafiz Yahya.

Menurut beliau, pada masa itu anak-anak muda telah meletakkan harapan yang sangat tinggi pada PH untuk melakukan perubahan sehingga berjaya menjatuhkan Barisan Nasional (BN) untuk kali pertama dalam sejarah, namun kepercayaan itu telah mereka khianati.

“Akhirnya harapan mereka punah kerana Pakatan Harapan tidak menepati janji dan mengakibatkan mereka fobia untuk melakukan perubahan sekali lagi.

“Lebih membimbangkan, mereka tidak mahu ambil peduli lagi dengan politik. Ini dibuktikan dengan peratusan keluar mengundi di kalangan anak muda di Plihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sangat rendah,” kata beliau.

Jelas beliau, apa yang berlaku ini menggambarkan betapa getirnya masa depan politik negara memandangkan anak-anak muda ini sebahagian besarnya mewakili 40 peratus pengundi baharu yang bakal mencorakkan keputusan PRU ke 15

“Kita sedia maklum anak-anak muda ini tidak berparti dan berpendirian atas pagar. Oleh itu menjadi tanggungjawab kita untuk mendekati dan menyantuni mereka melalui agensi-agensi di bawah Dewan Pemuda, DACS, dengan aktiviti sukan kebudayaan dan rekreasi.

“(Lajnah) Pendidikan melalui PASTI, SRITI SMITI, kita harus mendekati penjaga kepada anak-anak ini. Dan jangan kita rasa berat untuk mempromosikan PAS kepada mereka,” katanya.

Tambah Hafiz lagi, lajnah-lajnah dan jabatan-jabatan lain di dalam DPPNM juga harus berperanan dalam meningkatkan sokongan anak muda kepada PAS melalui program-program yang bermanfaat untuk mereka.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama dalam majlis perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka Kali Ke-47 yang berlangsung di Dewan Maahad Ar Rahmah di Solok Gaung pada Ahad, 7 Ogos.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Tuan Guru Zulkifli Ismail turut memberikan ucapan di dalam majlis ini manakala perasmiannya telah disempurnakan oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Hanafi Zulkapli.

Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Pesuruhjaya-1 PAS Melaka, Bakri Jamaluddin, Ketua Dewan Muslimat PAS Melaka, Kintan Man, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Melaka, Asri Shaik Abdul Aziz, barisan pimpinan Perhubungan PAS Melaka, selain pimpinan Armada Bersatu Melaka.

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH