Home Berita PAS Melaka

Muktamar DPPNM 2022 | Tahaluf bukan bermatlamat menang pilihan raya semata-mata

47
SHARE
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Hanafi Zulkapli,

Oleh IBNU JANIE

HANG TUAH JAYA, 8 Ogos : Semua ahli PAS perlu faham bahawa semua keputusan kerjasama politik yang dibuat PAS bukan bermatlamatkan kemenangan dalam pilihan raya semata-mata tanpa mengambil kira faktor-faktor lain.

Menurut Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Hanafi Zulkapli, kerjasama yang berlaku bukan semata untuk menang, tetapi untuk mengambil ruang bagaimana kepentingan dan juga perjuangan Islam mampu disampaikan melalui ibrah peristiwa pembukaan Kota Madinah oleh baginda Rasulullah SAW.

“Tahaluf tersebut bukan kerana nak menang. Tetapi kerana di situ ada ruang untuk menyampaikan dua benda. Pertama, mesej Islam.

“Yang kedua untuk memberi ruang bagaimana Islam mempotretkan satu kejayaan kepada masyarakat bahawasanya Islamlah jalan penyelesaian kepada masalah yang berlaku pada waktu dan ketika itu. Dan hari ini kita mengambil tanggungjawab tersebut,” ujarnya.

Tambah beliau lagi sekiranya untuk kemenangan dan kuasa semata-mata PAS mungkin sudah berada di dalam kerajaan bersama-sama dengan BN sebelum PRU14 lagi kerana mereka menawarkan pada PAS untuk bekerjasama pada masa itu.

Malah menurut beliau, jika PAS memilih untuk bersama-sama dengan Pakatan Harapan pada PRU14 juga PAS pasti sudah berada dalam kerajaan ketika itu, namun pimpinan PAS pada masa itu tegas menolak Anwar, DAP dan Pakatan Harapan.

“Perjuangan memberitahu kepada kita kalaulah menang di depan kita yang kita target kita sasarkan, itulah posisi dan formula yang terbaik (pada ketika itu). Tetapi tidak.

“Panjang masa perjuangan untuk menerap bahawasanya penyatuan ummah menggabungkan seluruh idealisme yang berbeda-beda di kalangan umat Islam, kepimpinan-kepimpinan yang berbeza dalam umat Islam supaya bergabung di dalam usaha meletakkan penyatuan ummah di depan.

“Platform apa sekalipun, baik dalam Muafakat Nasional ataupun Perikatan Nasional, pergabungan politik,” ujar beliau.

Namun, tambah Hanafi, apa yang menyedihkan ada sesetengah ahli yang menyalahkan keputusan parti dan pimpinan kerana kononnya PAS gagal mendapat kuasa kerana membuat kerjasama dengan pihak yang salah.

Katanya lagi PAS konsisten mahu kepada penggabungan ketiga-tiga parti Melayu iaitu bersama Umno dan Bersatu dan bukan memilih salah satu darinya untuk mengelakkan PH memerintah semula.

Ustaz Hanafi berkata demikian semasa berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka Kali Ke-47 yang berlangsung di Dewan Maahad Ar Rahmah di Solok Gaung pada Ahad, 7 Ogos.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Tuan Guru Zulkifli Ismail turut memberikan ucapan di dalam majlis ini sementara Ketua DPPNM, Ustaz Hafiz Yahya pula menyampaikan ucaptama.

Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Pesuruhjaya-1 PAS Melaka, Bakri Jamaluddin, Ketua Dewan Muslimat PAS Melaka, Kintan Man, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Melaka, Asri Shaik Abdul Aziz, barisan pimpinan Perhubungan PAS Melaka, selain pimpinan Armada Bersatu Melaka.

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH