Home Berita PAS Melaka

Muktamar DMPNM 2022 | Muslimat PAS Melaka beri tumpuan serius pengundi milenal

78
SHARE
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Kintan Man

Oleh IBNU JANIE

JASIN, 8 Ogos: Jentera pilihan raya Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka (DMPNM) akan memberi tumpuan serius terhadap golongan pengundi muda atau pengundi milinea, kata ketuanya, Kintan Man.

“Dan sasarannya itu adalah kepada yang saya sebut (sebagai) peperangan di Alaf Millenia iaitu kita kena memperkasakan petugas-petugas kita dengan jentera IT yang mantap,” ujar beliau.

Tambah Kintan lagi, muktamar DMPNM pada kali ini akan menjadi medan paling penting dalam menghadapi PRU-15 yang semakin hampir ini.

“Kita tahu yang muktamar pada kali ini merupakan muktamar yang terakhirlah, sebelum berlakunya PRU yang ke 15. Jadi penekanan (akan diberikan) kepada bagaimana kita nak menghadapi pilihan raya ini dengan penambahan undi yang begitu tinggi khususnya daripada golongan muda,” ujarnya lagi.

Kintan berkata demikian kepada WARM-Berita PAS dalam sidang media selepas majlis perasmian Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka (DMPNM) Kali Ke 53 yang berlangsung di Kompleks PAS Jasin (KOMPAJ) pada Sabtu, 6 Ogos.

Muktamar ini telah dirasmikan oleh Exco Dewan Muslimat PAS Pusat, Dato’ Mumtaz Md Nawi yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Kerajaan Negeri Kelantan.

Turut hadir di dalam majlis ini ialah pemerhati daripada Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Asmak Husin, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Melaka, Asri Shaik Abdul Aziz, Pengerusi Perikatan Nasional Negeri Melaka, Dr Yadzil Yaakub dan pimpinan-pimpinan PAS dan Bersatu Negeri Melaka.

Exco Dewan Muslimat PAS Pusat, Dato’ Mumtaz Md Nawi

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH