Home Berita PAS Perak

Ukhuwwah Islamiyah Jana Kemenangan

26
SHARE

Oleh : Hafizah aiman

TELUK INTAN, 8 Ogos: Muslimat merupakan sayap kiri perjuangan yang sangat penting untuk kemenangan Islam. Muslimat telah diktiraf di setiap peringkat sehinggalah di peringkat syura PAS sejak 1953m

Mengambil kira kepelbagaian latar belakang yang ada dalam dewan tentunya dalam muslimat kita melaksanakan 6 elemen penting ukhuwwah islamiyyah antara kita dahulu perlu sebagai benteng utuh mengahadapi serangan musuh demi menjana kemenangan ummah.

Ketua Dewan Muslimat PAS Perak Dr Hjh Najihatussalehah Ahmad melontarkan saranan itu dalam Ucaptama di Muktamar Dewan Muslimat PAS Perak kali ke-59 di Kompleks PAS Teluk Intan, di sini pagi ini.

“6 elemen ini semestinya perlu disusun oleh Lajnah Tarbiah melalui aktiviti disetiap peringkat. Iaitu niat yang ikhlas, fokus kukuhkan kemenangan, program usrah,  pimpinan mesti turun ke akar umbi, subur sifat mahmudah dan pupuk sifat iman dan takwa dalam diri.

“Kesatuan ukhuwah merupakan strategi awal yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dalam pembentukan negara Islam Madinah.

“Melalui ukhuwah Islamiyyah ini akan lahir sifat mahmudah seperti bersatu padu dan hidup rukun damai yang akan menatijahkan kemenangan ummah,” ujar beliau

Justeru, mesti dilaksanakan aktiviti yang berfokus   menyuburkan ukhuwwah islamiyyah untuk terus kepada perpaduan.

“Perpaduan untuk semua muslim dan bukan Islam juga strategi yang lebih luas perlu juga diberi perhatian kerana kita berada dalam masyarakat majmuk,” katanya lagi.