Home Berita PAS Melaka

Muktamar DMPNM 2022 | Muslimat PAS Melaka perlu bekerja secara luar biasa

81
SHARE
Exco Dewan Muslimat PAS Pusat, Dato’ Mumtaz Md Nawi

Oleh IBNU JANIE

JASIN, 8 Ogos: Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka (DMPNM) perlu bekerja dengan gerak kerja yang luar biasa dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 akan datang, kata Exco Dewan Muslimat PAS Pusat, Dato’ Mumtaz Md Nawi.

Menurut beliau beberapa situasi semasa yang sangat berbeza daripada yang biasa berlaku dalam siri-siri PRU sebelum ini memerlukan kepada gerak kerja yang berbeza daripada yang biasa dilakukan sebelum ini.

“Dalam keadaan menghadapi PRU mungkin dalam tempoh kurang setahun, paling lambat dalam bulan lima tahun depan. Jadi dalam tempoh yang sangat singkat ini kita memerlukan satu gerak kerja yang luar biasa untuk mendapatkan satu keputusannya juga luar biasa.

“Kenapa kita katakan luar biasa? Kerana Melaka ini negerinya sudah diperintah oleh BN. Maka untuk mendapatkan keputusan supaya berpihak kepada pihak yang khususnya yang bersama dengan PAS, apa pun pendekatan yang akan kita buat, sama ada Perikatan Nasional ataupun apa (kerjasama) pada masa akan datang ini, satu pendekatan yang dibuat ini mesti luar biasa.

“Luar biasa itu kerana kerana kita nak keputusan yang juga luar biasa dan tindakan ini harus difahami oleh semua pihak,” ujar beliau.

Menurut beliau perubahan dari segi warna uniform parti daripada warna hijau yang telah sekian lama digunakan petugas PAS kepada warna biru Perikatan Nasional juga perlu difahami semua petugas bahawa ia adalah untuk mencapai matlamat yang lebih besar.

Selain itu, tambah Mumtaz, perubahan kepada sistem daftar pengundi automatik dan pengundi muda yang menyebabkan berlaku pertambahan besar-besaran dalam daftar pemilih juga perlu diurus dengan berkesan.

“Di sana ada lebih daripada mungkin 50 peratus, pengundi atas pagar yang akan buat keputusan. Bergantung kepada sejauh mana mereka mendapat maklumat, sejauh mana mereka mendapat kefahaman, sejauh mana mereka memahami polisi dan mempercayai polisi tersebut untuk mereka buat keputusan di saat-saat akhir.

“Mereka ini bukan ahli mana-mana parti. Jadi, mereka memerlukan suatu tindakan yang agak drastik tetapi yang efisien supaya mereka boleh bersama-sama dengan perjuangan kita.

“Jadi antaranya ialah pendekatan melalui media sosial yang mungkin sebelum ini kita ada buat sikit-sikit tetapi tidaklah dalam keadaan yang terlalu intensif ataupun terlalu bersungguh-sungguh,” ujarnya lagi.

Tambah beliau lagi, DMPNM harus menyahut cabaran dalam memastikan jentera pilihan raya mereka dapat menguasai media sosial yang menjadi tempat berkumpul sebahagian besar pengundi terutama anak-anak muda.

Mumtaz yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Kerajaan Negeri Kelantan berkata demikian kepada WARM-Berita PAS dalam sidang media selepas merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka (DMPNM) Kali Ke 53 yang berlangsung pada Sabtu, 6 Ogos.

Turut sama dalam sidang media tersebut ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Melaka, Kintan Man bersama-sama dengan Jawatankuasa Harian DMPNM.

Muktamar ini yang berlangsung di Kompleks PAS Jasin, Simpang Kemendor ini turut dihadiri pemerhati daripada Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Asmak Husin, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Melaka, Asri Shaik Abdul Aziz, Pengerusi Perikatan Nasional Negeri Melaka, Dr Yadzil Yaakub dan pimpinan-pimpinan PAS dan Bersatu Negeri Melaka.

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH