Home Khas

MSU : Tahniah YAB DS Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke-9

97
SHARE

 

KENYATAAN MEDIA
MAJLIS SYURA ‘ULAMAK, PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)

π— π—˜π—‘π—π—¨π—‘π—π—¨π—‘π—š π—žπ—”π—¦π—œπ—› π—žπ—˜π—£π—”π——π—” π—žπ——π—¬π— π—  π—¦π—˜π—₯π—œ π—£π—”π——π—¨π—žπ—” π—•π—”π—šπ—œπ—‘π——π—” π—¬π—”π—‘π—š π——π—œ-π—£π—˜π—₯𝗧𝗨𝗔𝗑 π—”π—šπ—’π—‘π—š 𝗗𝗔𝗑 π—§π—”π—›π—‘π—œπ—”π—› π—žπ—˜π—£π—”π——π—” 𝗬𝗔𝗕 𝗗𝗔𝗧𝗒’ 𝗦π—₯π—œ π—œπ—¦π— π—”π—œπ—Ÿ 𝗦𝗔𝗕π—₯π—œ π—¦π—˜π—•π—”π—šπ—”π—œ π—£π—˜π—₯𝗗𝗔𝗑𝗔 π— π—˜π—‘π—§π—˜π—₯π—œ π—žπ—˜-𝟡

Majlis Syura β€˜Ulamak, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menjunjung kasih di atas perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang telah melantik YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan.

Sekalung tahniah juga diucapkan kepada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob di atas pelantikan tersebut dengan iringan doa agar beliau sentiasa dikurniakan taufik dan inayah Allah dalam melaksanakan amanah berasaskan manhaj dan panduan Rabbani. Sesungguhnya manhaj dan panduan Rabbani merupakan sebaik-baik manhaj kepimpinan yang boleh menjamin kesejahteraan dan kebaikan kepada semua umat manusia.
Besarlah juga harapan agar barisan ahli kabinet dan kepimpinan negara dipilih di kalangan mereka yang mempunyai nilai amanah dan kejujuran yang tinggi lagi berintegriti di samping keilmuan dan kemahiran dalam menguruskan negara ke arah yang lebih baik.

Dalam masa yang sama, perpaduan antara sesama pimpinan parti politik dan rakyat Malaysia hendaklah sentiasa dipupuk ke arah membina negara Malaysia yang harmoni, sejahtera lagi berpadu. Ia boleh berlaku menerusi pelaksanaan pelbagai polisi yang adil untuk semua tanpa mengira perbezaan kefahaman politik antara rakyat.

β€˜Islam Memperkukuh Perpaduan’

Tuan Guru Dato’ Haji Hashim bin Jasin
Mursyidul β€˜Am,
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Tarikh: 20 Ogos 2021 | 11 Muharram 1443H