KOTA BHARU: Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) memperkenalkan tiket letak kereta kepada pengguna bermula 10 Jun lalu.
Yang Dipertua MPKB-BRI, Ahmad Robert Abdul Rahim berkata, penggunaan tiket berkenaan sebagai alternatif kepada bayaran parkir bermeter.
Katanya, kaedah itu diperkenalkan bagi mengelak kerugian yang terpaksa ditanggung MPKB BRI ekoran ada pihak yang merosakkan parkir bermeter.
Menurut beliau tiket berkenaan boleh digunakan di semua petak parkir kereta di kawasan MPKB BRI.
“Ia dijual pada harga RM6 dan RM8 yang perlu digoreskan ketika menggunakannya. Tiket perlu digoreskan di lima bahagian iaitu tahun, bulan, hari, jam dan minit ketika menggunakannya.
“Tiket tersebut perlu diletakkan di deshboard sebelah pemandu dalam kereta,” katanya di sini semalam. – HARAKAHDAILY 27/6/2018