Home Berita PAS Kedah

MP Padang Terap tinjau jalan dan jambatan rosak

85
SHARE

 

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDINE

PEDU – Ahli Parlimen Padang Terap Ustaz Nurul Amin Abd Hamid membuat tinjauan jalan dan jambatan/titi yang rosak di Dun Pedu baru-baru ini.

Menurut YB,kemudahan asas rakyat seperti jalan raya dan jambatan yang rosak adalah keutamaan pihak kerajaan untuk di selesaikan segera.

Antara lokasi baik pulih yang dalam proses di selesaikan segera oleh pihak kerajaan ialah titi Kg.Nahan,titi Kubang Kenyeng dan titi Kg.KEDA Pong Selatan.

Beliau turut meninjau tempat baik pulih jalan dan parit di Kuala Tekai dan Kg.Padang Kerasak,dan YB juga turun tinjau tapak pasar sehari(nat) bagi memastikan tapak yang sesuai untuk para peniaga harian ikan dan sayur di Pekan Naka.

Semoga kemudahan rakyat Padang Terap dapat di selesaikan secepat yang mungkin,ujar YB lagi.

Terima kasih kepada Pegawai Kewangan Negeri Kedah YB.Dato’ Hj.Isahak Murat, Pegawai Derah Padang Terap Tuan Azmin Zainol, ADUN Pedu YB.Hj.Mohd Radzi Md Amin,Penghulu Mukim,MDPT,JKR dan semua yang terlibat.