Home Berita PAS Sabah

Muslimat PAS Keningau ziarah prihatin ahli

218
SHARE

Oleh: Rozila Kadir
13 JANUARI 2023

KENINGAU: PAS Keningau melalui Lajnah kebajikan dan kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Kawasan Keningau (DMPK) meneruskan lagi program Ziarah Prihatin dan telah berkesempatan menyantuni dua orang pesakit yang juga merupakan ahli muslimat DMPK Keningau di kampung Merampong.

Ziarah Prihatin kali ini diketuai oleh Rafiah Sulaiman, Ketua Lajnah Kebajikan dan kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Keningau.

Turut sama dua lagi orang Ahli Jawatankuasa LKK iaitu Rounah Rumbayah dan Siti Sabriyyah.

Muslimat pertama diziarahi ialah Nasmah iaitu pesakit kanser yang baru sahaja keluar dari wad 7 januari lalu, yang akan meneruskan rawatan ke Hospital Likas untuk menjalani CT Scan dan rawatan kimoterapi pada 25 Januari nanti di Hospital Keningau.

Dalam ziarah prihatin tersebut Nasmah turut mengadu bahagian mulut dan tekaknya masih terasa sakit dan kini hanya boleh minum susu dan makan  bubur sahaja.

“Terima kasih kepada semua rakan muslimat yang telah banyak membantu dengan memberi sumbangan dan bantuan serta sentiasa mendoakan kesembuhan saya, hanya ALLAH SWT sahaja yang dapat membalasnya,” ujar Nasmah.

Seorang lagi ahli yang turut diziarahi ialah Juliza yang baru sahaja sembuh daripada sakit yang dialami sebelum ini.

Dalam aktiviti ziarah prihatin tersebut turut disampaikan sedikit sumbangan kepada mereka.

Mudah-mudahan melalui ziarah prihatin ini akan lebih ramai lagi masyarakat Keningau yang akan dapat disantuni dan dibantu selepas ini.