Home Berita PAS Kelantan

Misi bantuan banjir PERAKAN dihargai

266
SHARE

BACHOK, 26 Dis: Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman merakamkan penghargaan dan berterima kasih kepada Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (PERAKAN Malaysia) dalam melaksanakan Misi Bantuan Kebajikan Banjir Kelantan 2022, khususnya di kawasan Bachok.

Menurutnya, misi tersebut melibatkan lebih 20 kenderaan konvoi dari seluruh pelosok negeri untuk menyampaikan bantuan banjir di 10 Dewan Undangan (DUN) yang terjejas.

“PERAKAN adalah penggerak utama aktiviti kebajikan anak-anak Kelantan di perantauan dan pastinya terkehadapan apabila berlaku sebarang musibah di kampung halaman,” katanya menerusi laman sosial rasminya, semalam.

Dalam pada itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti, YB Dato’ Panglima Perang Dato’ Mohd Nassuruddin Daud turut merakamkan ucapan penghargaan kepada PERAKAN Malaysia yang diketuai oleh Dato’ Dr Sr Wan Aminuddin Wan Husin atas sumbangan yang disampaikan kepada mangsa banjir di DUN beliau.