Home Berita PAS Kelantan

Misi bantuan banjir Pengkalan Kubor

54
SHARE

PENGKALAN KUBOR, 25 Dis: Memahami kesusahan yang dialami penduduk, sejumlah 1050 bungkus makanan telah diagihkan kepada empat buah kampung dalam misi bantuan banjir dalam DUN Pengkalan Kubor, semalam.

Ahli Parlimen Tumpat YB Dato’ Mumtaz Md Nawi turut bersama melawat serta menyampaikan sumbangan bagi membantu meringankan beban penduduk yang terlibat dengan banjir.

“Alhamdulillah, selesai pengagihan 1050 bungkusan makanan di 4 buah kampung sekitar Pengkalan Kubor meliputi Kampung Bendang Pak Yong, Kampung kubang Sawa, Kampung Jejuluk Haji Senik dan Kampung Kajang Sebidang. Pengagihan dibahagikan kepada beberapa team dan kami berpecah untuk pengagihan. Team Kak Taz membuat pengagihan di Kampung Kubang Sawa,” katanya.

Sementara itu, turut bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor YB Wan Roslan Wan Hamat, Pegawai Khidmat Malaysia Tumpat , NGO MKD Dr Wan Martina, Team NGO Gen Ustaz dan Ummah Selangor, Pemuda, Muslimat dan Ameerah.