Home Artikel PAS Kelantan

Minta segera atasi masalah muara cetek

55 views
SHARE

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan perlu segera menyelesaikan masalah dihadapi para nelayan dan penternak akuakultur serta masyarakat setempat yang hidup mendiami berhampiran kuala Pantai Tujuh, Tumpat.

Dato’ Che Abdullah Mat Nawi (PAS – Tumpat) berkata, masalah muka kuala Pantai Tujuh yang cetek telah menyebabkan kehidupan komuniti di situ terjejas terutama kaum nelayan.

Sedangkan menurut beliau, kebanyakan mereka sememangnya bergantung dan menyara hidup daripada hasil laut, namun keadaan yang berlaku menyukarkan mereka untuk keluar ke laut.

Malah ujar beliau, kecetekan tersebut juga menjejaskan aktiviti akuakultur yang melibatkan hasil besar kepada penternak serta menjejakan pengeluaran negeri dan negara.

“Jadi saya mohon kerajaan menyegerakan perancangan yang sedia dirancang dan diluluskan demi kebaikan rakyat,” ujarnya di Dewan Rakyat di Parlimen, di sini semalam.

Beliau terdahulu mengemukakan soalan lisan kepada Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli berhubung masalah tersebut yang antara pengakuan Menteri adalah diakui berpunca dari aktiviti pembangunan.

Secara khusus dijelaskan bahawa masalah muka kuala Sungai Tujuh telah mendapat kelulusan bagi projek pembinaan struktur dan mendalamkan muaranya di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. – HARAKAHDAILY 9/8/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/7722-minta-segera-atasi-masalah-muara-cetek