Home Berita PAS Johor

Mini Karnival Muar Dapat Sambutan

1494
SHARE

MUAR – Satu karnival telah diadakan di Pasti Al Hidayah, Kg Parit Bulat Darat, Muar pada 4 November 2017 yang lepas.

Program Karnival Ceria Dun Sungai Balang anjuran JPrD Sungai Balang dengan kerjasama Pas Kawasan Muar ini diadakan dengan matlamat mendekati masyarakat setempat di Dun Sungai Balang.

Program ini juga salah satu strategi memperkenalkan calon-calon PRU 14 di parlimen Muar dan Dun Sungai Balang.

Karnival yang bermula seawal 4.00 pagi dengan program qiammulail dan kuliah subuh dihadiri oleh ramai masyarakat sekitar Dun Sg Balang. Acara-acara lain selepas itu adalah seperti merentas desa, memasak, pertandingan mewarna anak dan bapa pelajar Pasti, memanah dan pelbagai lagi.

Perkhidmatan percuma juga diberikan kepada para pengunjung seperti pemeriksaan kesihatan percuma Papisma, rawatan Darus Syifa, gunting rambut dan tukar minyak hitam percuma.

Program telah diserikan lagi dengan persembahan dari kumpulan busker Lestari. Karnival Ceria Dun Sg Balang yang penuh meriah ini berakhir pada jam 1.30 tengah hari.