Home Artikel PAS Pusat

Al-Fatihah: Mantan Ketua Dewan Ulamat PAS Pusat Kembali Kerahmatullah

1,009 views
SHARE

انا لله وانا اليه راجعون…

Dimaklumkan bahawa Ustaz Dato’ Hj Mohamad bin Daud Al-Iraqi atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mat Iraq baru sahaja meninggal dunia jam 6.42 petang tadi di HUSM Kubang Kerian. 

Solat jenazah Ustaz Mat Iraq dijangka esok jam 9 pagi di masjid Kubang Kerian.

Bagi anak-anak muda generasi pelapis perjuangan Islam yang tidak sempat mengenali beliau, ditipkan disini sedikit biodata ringkas ALLAHU YARHAMUHU AL FADHIL USTAZ DATO’ HAJI MOHAMAD BIN DAUD AL-IRAQI

Beliau adalah mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit dan Ketua Dewan Ulama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat.

Mendapat Pendidikan awal di Pondok Tok Kenali selama 13 tahun (1953 – 1959). Belajar di Maahad Muhammadi Merbau dari kelas 6 hingga kelas 9 ( 1959- 1967), pernah menjadi pelajar terbaik diperingkat sekolah.

Tahun 1963 beliau menjadi Guru Agama di Sekolah Kebangsaan Mentera. Tahun 1964 beliau menyambung pelajaran di Universiti Baghdad di bawah biasiswa Kementerian Waqaf Iraq yang diuruskan oleh Al Fadhil Tuan Haji Yusof bin Rawa (AJK PAS Pusat ketika itu). Mendalami Kuliah Syariah Dan Bahasa Arab. 

Beliau antara Sepuluh orang pelajar Malaysia yang telah mendapat biasiswa ini selain beliau ialah :-

1.Ustaz Hassan Syukri,bekas Timbalan Priseden Pas Pusat 

2.Ustaz Hasyim Jasin (sekarang Mursyidul Am PAS)

3.Ustaz Abd Rahim Mat Zain, bekas pensyarah UM 4.Ustaz Dahlan Perlis 

5.Prof. Abdullah Kasban (UTM)

Pada tahun 1968, beliau pulang ke tanah air dan mengajar di Sekolah Yaakubiah Lundang. Pernah menjadi Pensyarah Yayasan Pengajian Tinggi Negeri Kelantan (YPTNK) Nilam Puri pada 1970 hingga April 1981.

Seterusnya beliau menjadi Pensyarah UM dari April 1981 hingga 1991. Diamanahkan oleh Kerajaan negeri Kelantan sebagai Ketua Penolong Pengarah Pendidikan Yayasan Islam Kelantan dari tahun 1991 hingga 1994.

POLITIK :-

1) Dipilih sebagai calon PAS di dalam pilihanraya Kecil Lundang 1994.

2) Dilantik sebagai ahli mesyurat Kerajaan (Exco) pada tahun 1995 hingga 2004.

3) Pengerusi J/k Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan

4) Pengerusi J/k Kerjaraya Negeri Kelantan

5) Pengerusi J/k Pembangunan Islam, Belia dan Penerangan

DOA:

Ya Allah, ampunilah beliau, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya.

Semoga Allah merahmatinya yang banyak berjasa kepada umat.

Sumber biodata: FB Hilmi abdullah