Home Berita PAS Pusat

Mesyuarat Pertama Assabiqun Catat Sejarah Baru PAS. 

2347
SHARE

MESYUARAT PERTAMA ASSABIQUN CATAT SEJARAH BARU PAS

Assalamu’alaikum dan salam perjuangan,

14 Oktober 2017 – Hari ini mencatatkan satu lagi sejarah dalam perjuangan PAS yang telah ditubuhkan sejak tahun 1951 iaitu dengan pembentukan satu jawatankuasa yang dipanggil sebagai ASSABIQUN yang mana dahulunya dikenali sebagai KELAB VETERAN PAS.

Tuan Haji Subki Latif yang telah dilantik sebelum ini telah mempengerusikan Mesyuarat Pertama Assabiqun yang dihadiri oleh wakil-wakil Assabiqun daripada negeri/wilayah dan telah berjaya mengadakan perbincangan awal bagi mencetuskan idea dan pandangan melalui pelbagai pengalaman masing-masing di pelbagai peringkat.

Tuan Haji Subki adalah seorang assabikun PAS yang pernah dilantik sebagai AJK PAS Pusat, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan dan banyak jawatan yang lain yang sarat dengan pelbagai pengalaman seiring dengan perkembangan PAS.

Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi bin Awang telah berkesempatan untuk menyampaikan taujihad kepada semua yang hadir manakala Tuan Guru Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man telah memberikan penerangan matlamat dan tujuan Assabiqun diwujudkan oleh PAS Pusat.

Pertemuan yang bersejarah ini turut dihadiri oleh Dato’ Takiyuddin bin Hassan yang berperanan untuk menguruskan majlis mesyuarat ini. Saya hadir sebagai Setiausaha Sementara bagi tujuan untuk membantu menyelaraskan pergerakan Assabiqun.

Beberapa perkara telah dipersetujui untuk dilaksanakan dan akan dibawa kepada pimpinan tertinggi untuk tindakan lanjut.

Kepada semua Ahli PAS yang berusia 60 tahun ke atas, marilah sertai ASSABIQUN 🙂

Wassalam.
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil

Setiausaha Assabiqun Pusat

0132565530
#sejahterabersamaislam

#assabikun