Home Artikel PAS Selangor

Membentuk “Kor Rufaidah Briged” Muslimat Serdang

866
SHARE

BANGI –  Satu kelas Latihan Asas Pertolongan Cemas  telah dianjurkan Briged Muslimat Serdang di Teras Jernang selasa lepas.

Program yang dibuka kepada seluruh wanita Kawasan Serdang terutama _Halwa,_ Muslimat PAS Serdang dan ahli Gen-3 telah disampaikan oleh En Baharuddin b Roz, Timbalan Pengarah Latihan 1, Jabatan AMAL Malaysia Negeri Selangor.

Salah satu objektif kelas ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat bagaimana persiapan dan tindakan yang perlu dilakukan sekiranya wanita berhadapan dengan situasi kemalangan.

Selain itu, kelas ini juga sebagai salah satu method untuk mencari Kor Rufaidah Briged Muslimat.
“Kelas ini terbuka kepada semua wanita. Kelas ini bermula dengan latihan pertolongan cemas apabila berhadapan dengan situasi melecur, patah dan pendarahan”.
“Kami juga sedang mencari calon untuk Kor Rufaidah Briged Muslimat bagi membantu kami sekiranya terdapat kecemasan semasa program-program PAS berjalan”. Maklum Puan Atikah Rowi, Ketua Briged Muslimat Serdang.
Pihak Briged Muslimat akan meneruskan kelas Latihan Asas Pertolongan Cemas sebulan sekali.