Home Berita PAS Kedah

Mesin basuh dan peti sejuk untuk mangsa bencana kepala air Yan

31
SHARE

Oleh TASNIM MUSTAFFA

YAN, 6 Okt – Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) menyampaikan sumbangan peti sejuk dan mesin basuh kepada 10 keluarga yang terjejas akibat tragedi kepala air yang melanda daerah itu, baru-baru ini.

Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nurul Amin berkata, agihan sumbangan sembilan buah peti sejuk dan tujuh buah mesin basuh itu diberikan mengikut keperluan dan keutamaan isi rumah.

“10 keluarga telah mendapat manfaat daripada program ini yang melibatkan Kampung Tohor, Kampung Seberang Pekan Yan, Kampung Permatang Cengal, Kampung Raga, Kampung Seri Perigi, Kampung Lubok Boi dan Kampung Setar

“Semoga ianya dapat mengukir senyuman kepada mereka yang telah diuji dengan bencana ini”, katanya.

Hadir sama Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Aizat Zakaria, Ketua Penerangan DPPNK, Sdr. Abdul Hadi Omar dan Pengarah Pilihanraya DPPNK, Sdr. Ku Abdul Muhyi Ku Abdul Hamid, PSU 1 DPPNK, Ustaz Rahimin Abd Rahim dan PSU 2 DPPNK, Ustaz Ikrom Zaki Mohamad.